Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- Anak derhaka -

Sungguh azab ibu mengandung
Bulan dan hari terus dihitung
Ibu berserah rugi dan untung
Kepada Allah tempat bergantung

Dikatil usang Ibu bersandar
Menahan sakit terketar ketar
Airmata dipipi bundar
Harapkan lahir anak yang pintar

Cukuplah bulan dan harinya
Seorang putera dilahirkannya
Bidan menyambut dengan halusnya
Hampir mencabut nyawa ibunya

Apabila anak pandai berdikari
Ibu dibuat hamba abdi
Makan minum disuruh saji
Kain baju dipaksa cuci

Ibu yang malang berduka cita
Duduk berendam si airmata
Akhirnya ibu menutup mata
Akibat perbuatan anak derhaka.


TAKE NOTE : Puisi Anak Derhaka nie first tyme aku dengar seminggu sebelum aku UPSR. hohooo setelah dikira , dicongak , dihitung , rasanya dah hampir 7toun kowt aku tinggalkan zaman sekolh rendah tue so maknanya walaupun hapir 7toun dah berlalu tetapi aku masih ingat rangkap dan bait bait puisi tersebut. Aku ingat lagi , masa arwah cikgu Ariffin dendangkan puisi nie , dengan penuh penghayatan , penuh perasaan dan penuh syahdu sampaikan berjaya titiskan airmata kami semua. Sedih ! tue laa gambaran yang dapat aku katakan. Dengan nada yang jelas , dengan emosi yang nyata , arwah cikgu Ariffin berjaya menarik kami untik beremosi. Hurmmm kini 7toun dah pun berlalu , pada awal Ramadhan toun lepas 2013 , cikgu Ariffin Jambol telah pergi menghadap pencipta. Semuanya terasa bagai sekelip mata. Rasanya baru semalam dya mengajar kelas kami tapi haini dya dah tade. Apapun , segala tunjuk ajar dan asuhan beliau , InsyaAllah akan aku ingati selagi hayat dikandung badan. Terima kasih cikgu diatas segala susuh payah dan curahan bakti yang cikgu perahkan buat kami semua. Akhir kata , semoga cikgu tenang dan aman disana , Al-Fatihah , Aamin.

1 ulasan

  1. Assalamualaikum....Besar jasa seorang ibu dan guru.... Nice sharing....

    BalasPadam